Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Syafiq Kyle Bakal Muncul Dalam Filem Seram Terbaru

Selepas membuat penampilan pertamanya dilayar perak menerusi filem seram romantik, Langsuir arahan pengarah Osman Ali. Bekas pelakon drama Nur,  Syafiq Kyle dilaporkan bakal muncul dalam filem terbaru akan datang.

Ketika bercakap dengan pemberita Harian Metro baru-baru ini, Syafiq mendedahkan filem tersebut akan bergenre seram thriller dan akan diarahkan oleh pengarah Razaisham. Menurutnya lagi, filem tersebut akan menceritakan kisah paranormal dan juga kepolisan.

“Skrip filem seram thriller ini sangat menarik kerana ia memaparkan cerita mengenai paranormal dan kepolisan. Saya juga sanggup menghadiri proses uji bakat kerana mahu mendapat gambaran sebenar watak ditawarkan. Ia juga berbeza dengan naskhah seram yang pernah disajikan kepada penonton sebelum ini,”

Bagaimanapun segala butiran mengenai filem tersebut termasuk tajuk filem masih tidak dapat didedahkan ia masih di peringkat awal.

Filem lakonan Syafiq Kyle dijangka akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Leave a Comment