Tahun 2016 boleh dikatakan tahun filem – filem Superheroes Marvel dan DC Universe (Senarai filem Marvel & DC 2016). Antara filem yang paling ditunggu – tunggu ialah filem Batman vs Superman: Dawn of Justice. Filem paling epik di mana dua superhero akan bertembung diantara satu sama lain.
Filem ini menampilkan kelainan kerana jika sebelum ini, filem Batman dan Superman boleh dikatakan berulang kerana menampilkan supervillian yang sama seperti Joker & Lex Luthor. Namun apabila munculnya filem Supermen: Man of Steel & Dark Knight Rise, kita nampak sedikit kelainan dalam filem karater komik DC ini apabila supervillian yang ditonjolkan berbeza dalam filem – filem sebelum ini.

Watak Superman masih dipegang oleh Henry Cavill, pelakon Supermen dalam filem Man of Steel. Manakala watak Lex Luthor dipegang oleh pelakon filem “Social Network” Jesse Eisenberg (Macamanalah di botak nanti). Oh tidak lupakan, dalam filem ini terdapat satu lagi superhero iaitu Wonder Women yang dibawa oleh Gal Gadot, Antara heroin dalam filemFast and Furious.
Filem ini berkisarkan pertembungan dua Superhero ini apabila Batman pergi ke kota Superman iaitu Metropolis. Tidak dapat dipastikan samada mereka bertarung ataupun tidak, tetapi yang pasti pertemuan dua superhero ini akan mewujudkan kumpulan yang dikenali “Justice League”, kumpulan Superhero DC
In the followup to Man of Steel, Henry Cavill returns as Clark Kent/Kal-El after the events of the Kryptonian attack on Metropolis that marked the beginning of his journey as Superman. Ben Affleck’s “tired, weary and seasoned” Bruce Wayne suits up as Batman to hold Superman accountable, along the way forming the epic partnership that will one day be the foundation of the Justice League.
– Screenrant.com
Filem ini boleh dikatakan sebagai sequel kepada filem Man of Steel, iaitu selepas event pertarungan Superman dengan sekumpulan tentera Kryptonian.
Tarikh tayangan filem ini dijangka pada 26 March 2016.
Selepas Marvel bertembung sesama sendiri pada tahun 2016, DC pula bergabung membentuk pakatan.