Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Supergirl: Gambar Pertama Odette Annable Sebagai Reign

Musim ketiga Supergirl bakal menampilkan karakter paling berkuasa dalam dunia DC yang juga musuh kepada Supergirl iaitu Reign. Watak Reign ini dilakokan oleh bintang siri televisyen House dan Cloverfield, Odette Annable. Baru-baru ini, mereka telah mendedahkan gambar pertama Reign yang bakal muncul dalam siri televisyen Supergirl.

Bagaimanapun, gambar pertama karakter villain tersebut mendapat respond dari peminat-peminat komik DC. Rata-ratanya berkata, Reign versi televisyen ini sangat berbeza berbanding dalam komik yang dilihat lebih menakutkan dan seperti makhluk yang dicipta untuk menjadi senjata biologi. Versi televisyen dilihat seperti seorang wanita atau villain yang memakai suit gelap.


Dalam versi komik, Reign juga dikenali sebagai Worldkiller. Ia adalah senjata biologi yang dicipta oleh bangsa Krypton tetapi telah dibuang oleh Kryptonian Science Council. Reign bukanlah satu-satunya Worldkillers yang wujud, terdapat lagi empat Worldkillers yang cipta oleh Zor-El. Zor-El bagaimanapun menyesal mencipta Worldkiller ini kerana ianya sangat berkuasa dan gemar melakukan pembunuhan. Reign merupakan musuh kepada Supergirl dan mereka pernah bertarung semasa Reign mengganas di Bumi. Kekuatan Reign memang tidak dapat ditandingi, malah Supergirl sukar untuk menewaskan Reign dan juga 3 Worldkiller yang lain.

Walaupun penampilannya berbeza dengan versi komik, mungkin perwatakannya sama. Apapun kita perhatikan lakonan watak Reign dalam siri televisyen Supergirl, adakah kejam dan jahat seperti versi komik ataupun tidak.

 

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment