Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Super Kids vs. Alien Dalam Trailer Terbaru “We Can Be Heroes”

Netflix akhirnya telah melancarkan trailer penuh filem We Can Be Heroes arahan Robert Rodriguez, yang memaparkan kanak-kanak ‘superhero’ bersatu untuk menyelamatkan ibubapa mereka yang ditangkap makhluk asing.

Dibintangi Pedro Pascal (The Mandalorian) dan Priyanka Chopra (Quantico), filem ini boleh didapati di platform streaming Netflix pada 25 Disember 2020. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah. 


We Can Be Heroes  tentang sekumpulan anak-anak kepada adiwira Bumi yang secara tiba-tiba terpaksa memikul tanggungjawab berat selepas ibubapa mereka diculik oleh makhluk asing. Mereka perlu belajar untuk bekerjasama dalam usaha untuk menyelamatkan ibubapa mereka dan menyelamatkan dunia.

Filem ini dibintangi YaYa Gosselin (The Purge), Pedro Pascal (The Mandalorian), Priyanka Chopra Jonas (Quantico), pemenang anugerah Globe Christian Slater (Mr. Robot), Boyd Holbrook (Logan), Christopher McDonald (Ballers), dan Adriana Barraza (Babel).

Turut menyertai barisan pelakon adalah Vivien Blair (Bird Box), Isaiah Russell-Bailey (Family Reunion), Akira Akbar (Captain Marvel), Lyon Daniels (Patriot), Nathan Blair (Best. Work. Weekend. Ever.), Lotus Blossom (Magic Max), Hala Finley (Man with a Plan), Andy Walken (The Kids Are Alright), Dylan Henry Lau (Here and Now), Andrew Diaz (The Kid’s New Years Party!), Taylor Dooley (The Adventures of Sharkboy and Lavagirl 3-D), Sung Kang (F9), Haley Reinhart (F Is for Family), Brittany Perry-Russell (Family Reunion), dan Brently Heilbron (Red 11).

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment