Official TrailerSlot Asia

Sumpahan “Sadako” Kembali Menghantui Anda Pada Oktober Ini

Views

Selepas menghasilkan filem Ringu dan Ringu 2 serta filem remake Hollywood The Ring Two, pengarah Hideo Nakata kembali menerusi filem terbarunya berjudul Sadako.

Filem seram dari Jepun ini mengisahkan tentang Mayu Akigawa adalah seorang kaunselor psikologi yang perlu menjaga seorang budak perempuan yang hilang ingatan. Budak perempuan misteri itu berada di bawah kawalan polis walaupun ramai yang tidak mengetahui sebabnya. Sementara itu, adik lelaki Mayu iaitu Kazuma merupakan seorang YouTuber yang cuba menghidupkan sumpahan Sadako.

Dibintangi pelakon seperti Himeka Himejima, Elaiza Ikeda dan Ren Kiriyama, Sadako bakal menemui penonton tempatan mulai 17 Oktober ini.

Filem Sadako dibawakan khas oleh TGV Pictures. Anda boleh saksikan trailer filem seram ini dipemain video dibawah.

BACA:  Filem Seram Adaptasi Dari "Momo’s Challenge" Akan Dihasilkan

Tinggalkan Balasan

shares