
Filem akan datang, Josee (literal title) telah kongsikan sekilas plot yang indah dalam trailer pertamanya.
Treler dimulakan dengan Josee mengatakan, “Kadang-kadang, saya mahu pergi ke negeri yang jauh dengan anda.” Pada hari yang bersalji, Josee memerhatikan Young Suk berjalan ke arahnya, dan matanya mengalir dengan air mata emosi melihat lelaki yang dia cintai. Suaranya menceritakan, “Saya ingat bunyi awak berjalan ke arah saya.”
Kedua-duanya berkongsi momen yang indah dan memiulkan bersama-sama. Kadang-kadang mereka bertukar ciuman, dan adakalanya mereka menumpahkan air mata kesedihan. Mereka berjalan ke pelbagai tempat bersama dan membina kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Menjelang akhir klip, Young Suk bertanya, “Siapa nama anda?” Dan ayatnya “Josee, nama yang tidak dapat dilupakan” muncul di skrin.
Josee adalah remake dari filem Jepun yang diterbitkan pada 2004 berjudul Josee, the Tiger and the Fish, yang mana ia telah mendapat pujian penonton di Korea.
Dalam versi 2004, Josee sering kalli keluar melihat dunia dengan kereta sorong yang ditolak oleh neneknya. Segalanya mulai berubah apabila dia bertemu dan jatuh cinta dengan Tsuneo, seorang pelajar kolej.
Versi Korea yang diarahkan oleh Kim Jong Kwan akan mengikuti kisah Josee (Han Ji Min) dan Young Suk (Nam Joo Hyuk) ketika mereka bertemu dan memulakan kisah paling indah dalam hidup mereka.
Han Jin Min dan Young Suk sebelum ini telah membuktikan gandingan mantap dalam filem Radiant yang ditayangkan pada 2019, dan reunion mereka pasti dinantikan peminat. Josee akan ditayangkan di Korea pada Disember ini.
https://youtu.be/nqlx49KaWOA