Berita

Suicide Squad Filem 2016 Paling Popular IMDB

Views

Suicide-Squad-2016-Task-Force-

Walaupun filem Suicide Squad tidak dapat menandingi kejayaan filem-filem superhero 2016  yang lain seperti Captain America: Civil War dan Deadpool dari segi kutipan tiket dan filem kritik, filem ini boleh dikatakan berjaya menambat hati peminat-peminat filem sehinggakan pihak produksi memulakan langkah untuk menghasilkan filem sekuel dan juga spin off beberapa karakter dalam filem tersebut.

Baru-baru ini, pengarah filem David Ayer mengesahkan Harley Quinn bakal menyertai Catwomen dan Poison Ivy dalam filem yang baru diumumkan iaitu Gotham City Sirens dan terdapat juga rumours yang mengatakan Deadshot juga bakal memiliki filem mereka sendiri.

will-smith-as-deadshot-and-margot-robbie-as-harley-quinn-in-suicide-squad

Selain itu juga, kegagalan filem ini tidak dapat menyaingi filem-filem superhero yang lain tidak menghalang untuk mereka menjadi filem paling popular 2016. Laman IMDB meletakkan filem ini paling popular dikalangan peminat berdasarkan carian laman sesawang dan juga page view.

Apa yang menariknya, 4 filem superhero yang lain menduduki 5 tangga teratas dalam carta top 10 filem paling popular IMDB. Filem-filem tersebut ialah Captain America: Civil War  Deadpool, X-Men: Apocalypse dan Batman V Superman: Dawn of Justice. Cuma Doctor Strange tidak termasuk dalam list, mungkin disebabkan ia ditayangkan dipenghujung tahun.

Laman IMDB adalah laman web yang menyediakan rating dan kritik untuk filem-filem yang ditayangkan. Selain Rottentomatoes.com, IMDB juga menjadi sumber rujukan untuk melihat kualiti & review filem-filem yang ditayangkan.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks