Berita

SUICIDE SQUAD 'Ayer Cut' Sekadar Khabar Angin

Views

Susulan kejayaan kempen Justice League #ReleaseSnyderCut, peminat mula melancarkan gerakan baru untuk mendesak studio Warner Bros. melepaskan filem Suicide Squad versi 'Ayer Cut'.

David Ayer sebelum ini pernah berkongsikan drama yang dihadapinya semasa proses pasca-produksi Suicide Squad sehingga menganggu visinya sendiri. Tambahan pula, posting misteri di media sosial sebaik sahaja pengumuman Justice League versi 'Snyder Cut' turut mencetuskan khabar angin dikalangan peminat.

Perkongsian beberapa gambar yang berkaitan dengan Joker oleh Ayer seolah-olah memberi 'hint' bahawa Suicide Squad versi suntingan pengarah tersebut mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Malangnya, disebabkan beberapa masalah yang melibatkan perundangan, peminat tidak dapat melihat filem Suicide Squad yang sebenar, dan ini disahkan oleh Ayer sendiri yang turut mengatakan versinya hanyalah sekadar khabar angin.

Walaupun tidak dapat melihat versi sebenar Suicide Squad, sekurangnya peminat tahu, bahawa situasi yang sebenar dihadapi oleh Ayer semasa menyiapkan filem. Malah Ayer turut mendedahkan terdapat banyak rakaman Joker lakonan Jared Leto yang tersimpan rapi di arkib Warner Bros.

Minggu lalu, Warner Bros. telah memberi lampu hijau untuk melepaskan filem Justice League versi suntingan Synder dan memberi peruntukkan tambahan sekitar $20-$30 juta untuk menyiapkan filem sepenuhnya sebelum ditayangkan di perkhidmatan streaming HBO Max tahun hadapan.

Kepada para peminat, adakah anda melihat Suicide Squad 'Ayer cut'? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks