“Sudah Tentu The Flash Akan Dihasilkan” – Ezra Miller

161
views

The Flash merupakan antara filem DC yang bermasalah selepas melalui beberapa pertukaran penulis dan pengarahnya. Walaupun Warner Bros. menegaskan bahawa filem adiwira itu akan tetap diteruskan, peminat-peminat filem DC tidak begitu berharap dapat melihat The Flash beraksi di layar perak

Bagi memastikan peminat terus mendapat perkembangan terkini mengenai filem The Flash, bintangnya iaitu Ezra Miller telah memberi keyakinan kepada peminat bahawa filem solonya itu sah bakal dihasilkan.

Selepas tayangan filem Justice League, filem-filem DC mengalami beberapa rombakan besar dan bermasalah. Antara filem yang terlibat adalah The Flash. 

Namun pada awal bulan Julai yang lalu, Warner Bros. memberi sedikit sinar terhadap masa depan The Flash apabila mengumumkan pengarah filem IT: Chapter Two, Andy Muschietti disahkan akan mengarahkan filem tersebut berdasarkan skrip yang ditulis oleh Christina Hodson.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang diketahui. Peminat mungkin boleh menjangkakan sedikit perkembangan selepas Muschietti selesai dengan projek IT: Chapter Two yang akan ditayangkan pada September ini.

Kepada peminat-peminat filem DC, adakah anda masih berminat untuk menyaksikan filem The Flash? Kongsikan pendapat anda.

Sumber: Comicbookmovie.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here