Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Suami Kim So Yeon, Lee Sang Woo Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam “The Penthouse” Musim Kedua

Lee Sang Woo akan menyokong isterinya, Kim So Yeon dengan membuat penampilan istimewa dalam drama popular The Penthouse musim kedua, lapor Soompi.

Kim So Yeon membintangi drama The Penthouse dengan memainkan peranan sebagai Cheon Seo Jin, diva di Hera Palace. Sumber dari agensi Lee Sang Woo, HM Entertainment telah mengesahkan laporan media mengenai penglibatan aktor itu dalam musim terbaru drama tersebut.

Kim So Yeon dan Lee Sang Woo telah bertemu diset penggambaran drama MBC Happy Home dan mengumumkan hubungan mereka kepada peminat pada 2016, dan berkahwin pada 2017. 

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi. 

Advertising

Musim kedua The Penthouse akan ditayangkan pada 19 Februari. Saksikan teaser disini.

Advertising

Related posts

“The Penthouse 2” Rampas Kedudukan Pertama Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular

Zulaikha

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Leave a Comment