Berita

STXfilms Lancarkan Poster Eksklusif Countdown, Anda Juga Boleh Muat Turun Aplikasi Menyeramkan Ini Disini!

Views

STXfilms telah melancarkan poster eksklusif filem seram Countdown yang dicipta sendiri pelukis seni seram Randy Oritz. Anda boleh saksikannya dibawah.

Selain itu juga, terdapat aplikasi seram yang diinspirasikan dari filem ini. Sebaik sahaja anda memuat turun aplikasi "Countdown", ia memberitahu pengguna kiraan detik yang menyeramkan, mewakili masa yang tinggal untuk hidup. Anda boleh muat turunnya disini

Oh ya, kami tidak bertanggungjawab jika aplikasi tersebut benar-benar membuatkan anda ketakutan!

Countdown mengisahkan tentang seorang jururawat yang mendapati dirinya hanya mempunyai tiga hari untuk hidup selepas memuat turut satu aplikasi aneh. Kini, dia perlu menyelamatkan diri daripada kelibat misteri yang mengganggunya sebelum kiraan masanya tamat.

Filem arahan Justin Dec ini dibintangi pelakon Elizabeth Lail (You) sebagai watak utama, serta beberapa pelakon lain seperti Talitha Bateman, Peter Facinelli, P.J. Byrne dan Anne Winters.

Anda boleh menyaksikan filem seram ngeri ini dipawagam tempatan mulai 24 Oktober 2019.

POSTER

shares
Enable Notifications    Ok No thanks