Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Stuntmen Wanita Filem Resident Evil Koma Semasa Sesi Pengambaran

oliviajackson

SEORANG pelakon aksi ngeri wanita untuk filem Resident Evil 6, Olivia Jackson dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran filem tersebut pada 5 Sepetember lalu.

Seperti dipetik Ace Showbiz, wanita itu mengalami kemalangan ketika melakonkan babak ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dia dilaporkan mengalami luka parah di kepala dan tangan.

Menurut sumber, adegan tersebut tidak berbahaya, namun pelakon tersebut tidak menggunakan alat keselamatan iaitu pelindung gigi dan topi keledar.

“Sebenarnya itu bukan aksi berbahaya, dia menunggang motosikal pada jalan yang lurus, namun tidak memakai pelindung gigi dan topi keledar keselamatan,” ujar sumber.

Suami Olivia, David R.Grant turut berada di tempat kejadian.

Olivia melakonkan watak yang dibawa oleh pelakon Milla Jovovich dalam filem berkenaan.

sumber: mStar Online

Related posts

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Leave a Comment