Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

StudioCanal Bangunkan Filem Ketiga “Paddington”

Beruang ikonik Paddington bakal kembali ke layar perak! StudioCanal mengesahkan bahawa filem ketiga “Paddington” kini sedang dalam pembangunan, lapor Variety.

“Kami dapat mengesahkan bahawa Studiocanal bekerja keras dalam pembikinan filem ketiga – seperti filem 1 dan 2” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jurucakap studio.

Tiada pengarah dikaitkan dengan filem ketiga buat masa ini. Pengarah filem terdahulu, Paul King pernah menyatakan bahawa dia tidak akan mengarah filem ketiga, tetapi akan terlibat atas kapasiti kreatif. King buat masa ini mengetuai projek “Willy Wonka” di Warner Bros yang akan ditayangkan pada 2023. 

“Paddington 2” telah ditayangkan pada 2017 dan mendapat ulasan yang cukup positif dari pengkritik dengan skor sempurna (100 peratus) di laman Rottentomatoes. 

Paul King mengarahkan filem kedua dan turut menulis lakonlayar bersama-sama Simon Farnaby. Sekuel yang lalu dibintangi Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Julie Walters, Jim Broadbent, Peter Capaldi, Madeleine Harris, Samuel Joslin, Hugh Grant, Brendan Gleeson, Ben Whishaw sebagai Paddington, dan Imelda Staunton yang membawa suara Aunt Lucy.

Francais “Paddington” berdasarkan siri cerita kanak-kanak yang paling laris dan digemari dari pengarang Britain, Michael Bond, yang telah terjual lebih daripada 35 juta salinan di seluruh dunia, diterjemahkan ke dalam lebih dari 40 bahasa dan menangkap imaginasi kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment