Berita

Studio Tidak Akan ‘Kacau’ JUSTICE LEAGUE Versi Zack Snyder

Views

Seperti yang peminat tahu, Warner Bros. telah membenarkan Zack Snyder untuk melepaskan filem Justice League versi pengarah itu sendiri. Malah, pihak studio turut memberi bajet tambah sebanyak sekitar $20 hingga $30 juta kepada Snyder untuk menyiapkan suntingan filem tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Snyder telah kongsikan beberapa maklumat terperinci mengenai filem Justice League kepada para peminatnya. Antaranya, pihak studio telah memberi jaminan kepada pengarah tersebut bahawa mereka tidak akan mengganggu proses suntingan.

Berikut adalah beberapa maklumat yang dikongsikan Snyder

  1. Rupa asal Steppenwolf akan digunakan dalam filem akan datang
  2. Snyder kini sedang dalam proses suntingan kesan khas.
  3. Filem Justice League akan mengikut 100% visi Snyder tanpa gangguan pihak Studio.
  4. Teaser mungkin akan dilancarkan pada 22 Ogos ini sempena DC FanDome
  5. Junkie XL akan kembali untuk menyiapkan skor filem
  6. Justice League akan turut memasukkan babak Knightmare diantara Darkseid dan Superman
  7. Kevin Costner mungkin kembali sebagai cameo Jonathon Kent.

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.

Tinggalkan Balasan

shares