Berita

Studio Penggambaran Hollywood Akan Digunakan Sebagai Hospital Sementara Untuk Pesakit COVID0-19

Views

Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat kini menjadi semakin selepas jumlah yang disahkan positif penyakit tersebut telah melebihi jumlah kes yang dicatatkan China, Sehubungan dengan itu, beberapa bandar besar telah mengambil langkah serius untuk mengawal pandemik dari menjadi teruk.

Terbaru, Datuk Bandar Los Angeles, Mayor Gracetti memberitahu The Hollywood Reporter bahawa mereka sedang melihat semua pilihan bagi menghindari sistem hospital dari menjadi sesak. Antara tempat yang akan menjadi hospital sementara untuk pesakit Covid-19 adalah ‘sound stages’ yang sering menjadi lokasi penggambaran filem-filem Hollywood.

Menurut Garcetti, wakil-wakil setiap studio telah dihubungi bagi mendapatkan bantuan, dan tempat tersebut dikatakan sangat ideal kerana ia memiliki sistem pengundaraan sendiri dan boleh meletakkan peralatan perubatan.

Studio Disney, Fox, Warner Bros., NBCUniversal Pictures, Sony dan Paramount Pictures memiliki bangunan penggambaran mereka sendiri, dan ketika ini banguna-bangunan tersebut tidak digunakan kerana semua penggambaran telah dihentikan akibat penularan wabak.

Sementara itu, di London, ExCel Center (lokasi untuk konvensyen filem dan buku komik) telah digunakan sebagai hospital sementara bagi merawat pesakit Covid-19, manakala di Malaysia beberapa bangunan milik kerajaan dan swasta telah digunakan sebagai pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19.

Tinggalkan Balasan

shares