Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Strim siri hit terbaru dan filem blockbuster Warner Bros. sepantas 45 hari selepas tayangan di pawagam tempatan secara eksklusif di HBO GO dengan harya serendah RM 23.30 sebulan (penjimatan lebih dari 28% pada harga promosi ini).

Dari tayangan perdana eksklusif siri pengembaraan baru La Brea dan siri pemenang Anugerah Emmy®, termasuk komedi terbaru Hacks dan musim baru siri drama yang dinanti-nantikan Succession, serta musim terbaru Love Life dan Batwoman dan filem Warner Bros. seperti Reminiscence dan Ben 10: Alien X-Tinction, semua judul baru ini akan tersedia untuk ditayangkan secara eksklusif di HBO GO pada bulan Oktober ini.


Juga terdapat di HBO GO pada bulan November adalah siri asli Gossip Girl dan siri HBO Original The Sopranos. Peminat siri mobster dapat menonton prekuel, The Many Saints of Newark, yang akan ditayangan secara eksklusif di HBO GO pada 11 November.

Judul baharu yang akan hadir di HBO GO adalah:

  • Who’s By Your Side (3 Oktober)
  • Reminiscence (4 Oktober)
  • La Brea Season 1 (6 Oktober)
  • Ben 10: Alien X-Tinction (9 Oktober)
  • Hacks Season 1 (11 Oktober)
  • Batwoman Season 3 (14 Oktober)
  • Succession Season 3 (18 Oktober)
  • Curb Your Enthusiasm Season 11 (25 Oktober)
  • Insecure Season 5 (25 Oktober)
  • Love Life Season 2 (28 Oktober)
  • Selena + Chef Season 3 (28 Oktober)
  • The Many Saints of Newark (11 November)
  • The Sex Lives Of College Girls Season 1 (18 November)
  • Gossip Girl (bahagian kedua musim pertama akan kembali pada November)
  • Musim lengkap The Sopranos (musim 1 hingga 6) kini tersedia di HBO GO,
  • Pretty Little Liars (Musim 1 hinngga 7) dari 15 November dan siri asli Gossip Girl (Musim 1 hingga 6) dari 25 November.

Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store dengan harga serendah RM23.30 / bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Related posts

Netflix Dedah Trailer Rasmi “Kung Fu Panda: The Dragon Knight”

Kakimuvee

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Kakimuvee

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir “Barbie” Yang Menampilkan Margot Robbie & Ryan Gosling

Kakimuvee

Leave a Comment