Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Filem terbaru Warner Bros. Pictures dan Legendary Pictures, Dune arahan Denis Villeneuve (Arrival, Blade Runner 2049) akan tiba di HBO GO mulai 2 Disember ini. 

Diadaptasikan dari novel terlaris bertajuk sama tahun 1965 karya Frank Herbert, Dune ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Walaupun mendapat tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anaknya yang merangkap waris terakhirnya, Paul Atreides bersama Bene Gesserit, Lady Jessica dan para penasihat yang paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah pada ancaman cacing tanah gergasi. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Diarahkan oleh Denis Villenueve, Dune dibintangi pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem

Strim Dune di HBO GO Mulai 2 Disember ini. Langgan HBO GO secara atas talian di https://www.hbogoasia.my/ atau aplikasi mudah alih melalui App Store atau Play Store  pada harga serendah RM23.30/bulan. Atau akses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment