Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Strim Disney+ Hotstar Mulai Hari Ini!

Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar telah dilancarkan di Malaysia hari ini, dan menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan popular daripada jenama-jenama hiburan paling ikonik di bawah syarikat ini. Selain barisan filem dan rancangan menarik daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, penonton juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung. 

Mulai hari ini, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS untuk menikmati penstriman dengan RM54.90 untuk tiga bulan. Dalam pada itu, pelanggan Astro Movies Pack berpeluang menikmati pelbagai pakej istimewa, manakala pelanggan Astro yang lain boleh mendapat maklumat lanjut di astro.com.my/Disney

Disney+ Hotstar akan membawa beribu-ribu jam hiburan untuk segenap lapisan umur, dengan beraneka pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18,000 episod terbitan The Walt Disney Company yang paling hebat! Pelbagai rancangan terbaru sedang menanti anda, seperti Raya and the Last Dragon (penstriman bermula 4 Jun) dan Luca (penstriman bermula 18 Jun), filem-filem blockbuster seperti Avengers: Endgame dan Frozen 2, Disney+ Originals eksklusif seperti Loki (penstriman bermula 9 Jun), The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan The Mandalorian, serta tayangan perdana eksklusif beberapa filem dan siri drama buatan Malaysia yang paling dinanti-dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia (penstriman bermula 2 Julai), Ada Hantu (penstriman bermula 13 Ogos), Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah (penstriman bermula 25 Jun).

Pengalaman tontonan Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio terbaik

Dengan semakin banyak filem and siri TV tersedia dalam format Dolby Vision® HDR dan Dolby Audio™, pengguna dengan peranti yang serasi boleh menstrimkan rancangan kegemaran menerusi Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang terunggul. Anda boleh menikmati kedua-dua format visual dan audio ini menerusi aplikasi Disney+ Hotstar Android TV and Apple TV. Dolby Vision menawarkan kualiti imej yang ultra jelas, manakala Dolby Audio menawarkan bunyi yang jelas, perincian dialog yang mudah didengar serta kesan bunyi yang realistik bagi merancakkan lagi babak kegemaran anda!

Pengarah Urusan, Bahagian Pasaran Baru Muncul Dolby Laboratories, Pankaj Kedia berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Disney+ Hotstar untuk membawa kualiti audio dan visual yang terunggul ke platform Disney+ Hotstar di Malaysia. Dengan Dolby Vision dan Dolby Audio, penonton pasti dapat menikmati pengalaman menakjubkan dengan kandungan Disney+ Hotstar kegemaran mereka dari keselesaan ruang tamu pada bila-bila masa.”

Berikut merupakan antara sorotan kandungan yang dapat dinikmati oleh pelanggan Disney+ Hotstar dalam format Dolby Vision dan Dolby Audio di Malaysia:

Adiwira-adiwira Marvel (Marvel Super Heroes)

  • The Falcon and The Winter Soldier
  • WandaVision 
  • Avengers: Endgame
  • Black Panther
  • Marvel’s 616 

Disney+ Originals

  • The Mandalorian 
  • Star Wars: The Bad Batch
  • Flora & Ulysses
  • Black Beauty
  • Pixar Popcorn 
  • Hamilton 
  • Lady and the Tramp
  • Forky Asks A Question 
  •  

Barisan program kegemaran Disney (Disney Favourites)

  • Soul
  • Mulan (2020)
  • Onward
  • Diary of a Future President
  •  

dan lebih banyak lagi! 

Susulan pelancaran ini, pelanggan dapat menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman. Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman secara serentak, dan kebanyakan kandungan adalah tersedia untuk dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet. Semua kandungan bukan sahaja bebas iklan, malah berbekalkan satu bahagian kandungan yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan sesuai dengan usia, serta antara muka pengguna yang mesra kanak-kanak dan mudah dilayari

Untuk maklumat lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment