Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Stranger Things Musim Ke-4 Akan Memiliki 8 Episod


Selepas Netflix mengumumkan secara rasmi musim keempat rancangan sains fiksyen popular Stranger Things, TV Line telah melaporkan bahawa musim akan datang akan terdiri daripada 8 episod.

Jumlah episod musim ke-4 Stanger Things menyamai jumlah episod musim pertama dan ketiga rancangan. Hanya musim kedua sahaja yang memiliki sembilan episod.

Buat masa ini, tarikh tayangan Stranger Things musim keempat masih lagi tidak diketahui. Tetapi laporan dari TV Line turut menyebut, rancangan ini mungkin akan disiarkan selepas musim panas tahun hadapan, iaitu sekitar penghujung September hingga Disember.

Finale musim ketiga yang lalu telah menetapkan era baru untuk siri akan datang dan menyaksikan sebilangan besar watak bersedia untuk pergi bandar Indiana.

Stranger Things dicipta oleh Matt dan Sean Duffer dimana mereka berdua turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah bersama-sama Shawn Levy, Dan Cohen dan Iain Patterson.


Bagi yang belum pernah menonton rancangan televisyen ini, anda boleh berbuat demikian  dengan menyaksikan musim pertama hingga ketiga dilaman penstriman video Netflix.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee