Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Stranger Things 3 Cipta Rekod, Ditonton 40 Juta Pengguna Dalam Tempoh 4 Hari


Siri televisyen Stranger Things musim ketiga telah mencipta rekod di laman streaming Netflix apabila berjaya mencatat jumlah penonton sebanyak 40.7 juta dalam tempoh 4 hari tayangannya.

Menurut perkongsian dari laman Twitter rasmi Netflix, sebanyak 18.2 juta pengguna dilaporkan telah selesai menonton kesemua episod musim terbaru ini.

Filem Bird Box sebelum ini berjaya mencatatkan jumlah penonton sebanyak 45 juta pada minggu pertama tayangan di Netflix. Kemudian pada Mei yang lalu filem lakonan Adam Sandler & Jennifer Aniston, Murder Mystery berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 30.9 juta dalam tempoh 3 hari tayangan.

Sejak ditayangkan pada 4 Julai yang lalu, siri televisyen Stranger Things 3 menerima respon positif dari penonton dan para pengkritik. Kepada yang masih belum menonton, jangan lupa saksikan siri televisyen ini hanya di laman streaming Netflix.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee