Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Steven Yeun Sertai Filem Terbaru Marvel Studios “Thunderbolts”


Bintang The Walking Dead, Steven Yeun mengembangkan lagi kariernya dengan menyertai Marvel Studios menerusi filem akan datag Thunderbolts, lapor Deadline

Watak yang akan dibawa pelakon itu bagaimanapun masih dirahsiakan, tetapi menurut sumber Deadline, dia akan diberikan peranan utama dalam filem terbaru Marvel Cinematic Universe itu. 

Yeun akan menyertai barisan Thunderbolts yang menampilkan Florence Pugh sebagai Yelena Belova, Sebastian Stan sebagai Winter Soldier, David Harbour sebagai Red Guardian, Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine, Wyatt Russell sebagau US Agent, Hannah John-Kamen sebagai Ghost dan Olga Kurylenko sebagai Taskmaster.

Ayo Edebiri turut menyertai barisan pelakon ensemble itu untuk peranan yang masih belum didedahkan. 

Thunderbolts akan diarahkan oleh Jake Schreier dengan lakon layar ditulis oleh penulis Black Widow, Eric Pearson.


Tidak banyak butiran diketahui mengenai filem terbaru Marvel itu, tetapi berdasarkan komik, ia akan berkisarkan sekumpulan penjahat yang direkrut agensi kerajaan AS untuk menjalankan misi berani mati. 

Sejak meninggalkan siri TV popular The Walking Dead, Yeun menyertai beberapa projek berprofile tinggi seperti filem hit studio A24 Minari, yang mana lakonannya dipuji dan turut tercalon dalam anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Utama Lelaki Terbaik. 

Filem terbaru lakonannya, Nope arahan Jordan Peele turut sukses dan ini menambah pencapaian hebatnya dalam karier lakonannya. 

Thunderbolts dijadualkan tayangan pada 26 Julai 2024.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee