Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Steven Spielberg & Pencipta “Stranger Things” Terbitkan Siri Adapatasi “The Talisman” Untuk Netflix

Pengarah dan penerbit terkenal Steven Spielberg akan bekerjasama dengan pencipta “Stranger Things“, The Duffer Brothers untuk menghasilkan siri adaptasi novel “The Talisman” karya Stephen King dan Peter Straub, lapor The Hollywood Reporter.

Spielberg telah mendapatkan hak untuk menghasilkan adaptasi dua tahun sebelum “The Talisman” diterbitkan, dan telah menghabiskan masa hampir tiga puluh lima tahun untuk menghasilkan lakonlayar novel seram fantasi klasik itu, tetapi tidak pernah mencapai banyak kemajuan.

The Duffer Brothers akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif menerusi syarikat produksi mereka, Monkey Massacre Production, Amblin Television dan Paramount Television Studios.

“The Talisman” mengikuti kisah Jack Sawyer yang berusia dua belas tahun yang melakukan perjalanan mistik dengan artifak yang dikenali sebagai “Talisman”, untuk menyelamatkan ibunya dari penyakit kanser.

Pencarian Jack dari kediamannya ke tengah-tengah Amerika Syarikat telah membawanya ke alam lain yang ganas yang disebut “the Territories.” “The Territories” dihuni oleh pendua, atau “kembar” bagi setiap orang di Amerika Syarikat, yang hidup mereka mencerminkan ciri-ciri teras antara satu sama lain, seperti ulang tahun kelahiran dan peristiwa-peristiwa penting.

Novel “The Talisman” yang diterbitkan pada 1984 memiliki sekuel berjudul “Black House” yang diterbitkan pada 2001, dimana ia mengikuti penggembaraan Jack Sawyer yang sudah dewasa. Kedua-dua novel itu berkait dengan dunia “Dark Tower” karya Stephen King.

Buat masa ini, butiran plot dan pelakon masih belum didedahkan. Tarikh tayangan “The Talisman” akan diumumkan Netflix tidak lama lagi.

Related posts

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

Kakimuvee

Siri “Parasite” HBO Adalah Kisah ‘Original’, Bukannya ‘Remake’

Kakimuvee

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee