Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Steven Spielberg Nasihat Michael Bay Untuk Berhenti Dari Hasilkan Filem “Transformers”


Filem-filem Transformers arahan Michael Bay telah mendapat sambutan hangat apabila francais itu mula dilancarkan pada 2007, tetapi selepas beberapa sekuel, ia mula mendapat reaksi negatif dari peminat.

Menurut Bay, seorang pengarah lagenda telah menyuruhnya berhenti dari terus membuat filem itu sejak awal lagi.

Bercakap kepada Unilad UK (via Comingsoon), Bay mendedahkan bahawa Steven Spielberg telah memberitahunya agar berhenti membuat filem Transformers selepas filem ketiga, Transformers: Dark of the Moon. Bay mengakui bahawa dia sepatutnya mendengar nasihat Spielberg pada masa itu. 

“Saya membuat filem tersebut terlalu banyak,” kata Bay.

“Steven Spielberg berkata, ‘Berhenti apabila sudah membuat tiga filem.’ Dan saya berkata saya akan berhenti. Tetapi pihak studio merayu kepada saya untuk membuat filem keempat dan berjaya menjana satu billion. Dan, kemudian saya berkata akan berhenti di sini, dan mereka merayu kepada saya sekali lagi. Saya sepatutnya berhenti, [tetapi] mereka seronok untuk melakukannya.”


Ansuran terakhir Bay dalam francais Transformers adalah filem Transformers: The Last Knight yang ditayangkan pada 2017. Filem tersebut mendapat kritikan dan tidak disukai kebanyakkan peminat Transformers serta memperoleh kutipan paling sikit dalam sejarah francais, iaitu hanya AS$605 juta dolar seluruh dunia. 

Walaupun Bay kemudiannya berundur dari francais Transformers, kesinambungan filemnya itu masih diteruskan. Filem spin-off Bumblebee telah dilancarkan pada 2018, diikuti filem terbaru, Transformers: Rise of the Beasts yang dijadualkan tayangan pada 2023, dan akan diarahkan oleh Stephen Cable Jr. (Creed II) dan dibintangi Anthony Ramos, Dominique FIshback, dan Luna Lauren Vélez.


Related posts

Trailer ‘Transformers: Rise of the Beasts’ Pratonton Filem Blockbuster Terbaru Transformers

Kakimuvee

Trailer & Poster Pertama “Transformers: Rise of the Beasts” Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Transformers: Rise of the Beasts Ditunda Setahun, Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ron Perlman Bawa Watak Optimus Primal Dalam Filem “Transformers: Rise of the Beasts”

Kakimuvee

Tyrese Gibson Mahukan ‘Crossover’ Antara “Fast & Furious” & “Transfromers”

Kakimuvee