Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Steven DeKnight Dedahkan Tempoh Masa Filem Pacific Rim: Uprising

Ramai peminat pasti tidak sabar untuk menonton filem sekuel Pacific Rim: Uprising yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Sementara menunggu filem robot Jaeger ini ditayangkan, mesti anda ingin mengentahui berapa lamakah durasi filem ini akan dimainkan dipawagam kelak.

Menurut laman web Comicbook.com, Steven DeKnight mendedahkan kepada peminat bahawa filem arahannya nanti berdurasi 2 Jam, iaitu kurang 12 minit dari durasi filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2013 dan berdurasi 2 Jam 12 Minit.

Filemnya kini sedang dalam proses suntingan dan dijangka selesai tidak lama lagi.


“It’s resting right around two hours.”. “I always shoot for two hours. If I was doing Lawrence of Arabia it would be a little longer.” – Steven DeKnight

DeKnight juga mendedahkan, durasi awal Pacific Rim: Uprising adalah 2 Jam 18 minit, kemudian beliau melakukan beberapa lagi suntingan selepas berbincang dengan penerbit. Ini kerana beliau ingin memastikan durasi filemnya nanti dalam lingkungan 2 jam sahaja kerana baginya, itulah durasi filem paling ideal untuk ditonton oleh kaki-kaki wayang.

“But otherwise I think the two-hour mark—this is just for me as somebody that loves movies and watches movies, two hours is always right around the sweet spot.”. “If it’s much less than two hours then I start to get a little suspicious, if it’s much more longer sometimes a movie will support that but sometimes you just get a little worn out.”

Walaupun durasi filem belum diumumkan secara rasmi, kita jangkakan inilah durasi filem Pacific Rim: Uprising yang akan kita tonton nanti di pawagam berdasarkan apa yang didedahkan oleh pengarahnya.

Pacific Rim: Uprising akan memulakan tayangannya pada 23 Mac 2018

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee