Pengarah filem muda, Steven C. Miller (Marauders, Arsenal)Ā telah diumumkan bakal mengarah filem sekuelĀ Escape Plan 2 yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem hasil terbitan bersama Emmet/Furla/Oasis dan syarikat penerbitan China, Leomus Pictures akan menampilkan kembali bintang Sylvester Stalline sebagai Ray Breslin manakala kemunculan semula Arnold Schwarzenegger aka Emil Rottmayer masih lagi dalam perbincangan.
Filem pertamaĀ Escape Plan yang diterbitkan oleh Summit Entertainment pada 2013 hanya mampu mengaut $25 juta di Amerika tetapi mengaut keunutungan $137 juta diseluruh dunia dengan kebanyakkan datang dari China. Tidak mengejutkan jikaĀ Escape Plan 2 akan memasukkan pengaruh China dalam filem terbaru mereka.
Penulis asal, Miles Chapman akan kembali menulis untuk sekuel ini.
Filem pertama yang dibintangi oleh Jim Caviezel, Curtis ā50 Centā Jackson, Vinnie Jones, Vincent DāOnofrio and Amy Ryan menceritakan bagaimana seorang lelaki (Ray Breslin) yang bekerja sebagai individu yang berjaya crack sistem penjara di US diperangkap ke sebuah penjara yang mustahil untuk melarikan diri.
Dia bersama-sama banduan Emil Rottmayer telah bekerjasama untuk merancangan dan melarikan diri dari penjara yang mustahil itu.
Setakat ini, plot dan aktor-aktor lain masih lagi tidak diketahui memandangkan filem ini masih dalam pembangunan.