Berita

Steven Allerick Sertai Barisan Pelakon Snake Eyes

Views

Aktor The Expanse, Steven Allerick disahkan menyertai barisan pelakon filem spin off G.I. Joe, Snake Eyes dengan membawa watak sebagai ayah kepada watak utama Snake Eyes.

Allerick akan menyertai Henry Golding yang memainkan watak utama Snake Eyes, Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Takehiro Hira sebagai antagonis utama dan Haruka Abe yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Mereka berdua akan menyertai pelakon Henry Golding yang memainkan watak utama Snake Eyes, Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes dan Haruka Abe yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ianya akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

BACA:  Vanguard & The Rescue Dibatalkan Tayangan Susulan Wabak Coronavirus

Produksi dijangka akan bermula pada musim luruh ini bertempat di Vancouver dan kemudiannya di Tokyo, Jepun.

Snake Eyes telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 16 Oktober 2020.

Tinggalkan Balasan

shares