Berita

Stephen Lang Sudah Selesai Jalani Penggambaran Don't Breathe 2

Views

Sudah sembilan bulan sejak kita mendengar perkembangan Don’t Breathe 2, nampaknya penerbit telah menemui cara untuk meneruskan produksi filem di Belgrade walaupun keadaan wabak masih belum reda.

Terbaru, pelakon Stephen Lang (Publice Enemies, Avatar) telah mendedahkan bahawa dia sudah selesai menjalani penggambaran untuk babaknya dalam filem sekuel thriller terbitan Sam Raimi itu. 

Diarahkan oleh Rodo Sayagues, Dont'T Breathe 2 akan ditetapkan beberapa tahun selepas pencerobohan rumah yang berlaku dalam filem pertama, dan menyaksikan lelaki buta itu mula dihantui dosa lampaunya. 

Menurut Bloody Disgusting, Blind Man lakonan Lang telah bertahun-tahun bersembunyi di kabin terpencil, dan mengambil serta membesarkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi yatim piatu selepas kejadian kebakaran rumah. Kehidupan mereka yang tenang bertukar menjadi menakutkan apabila kanak-kanak itu diculik, dan memaksa Blind Man keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. 

Lakonlayar ditulis oleh Sayagues dan Fede Alvarez (Evil Dead), manakal Sam Raimi dan Rob Tapert bertindak sebagai penberit. Sony Pictures World Acquisition dan Stage 6 Films menjadi pembiaya projek terbaru ini. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks