Berita

Stephen Lang Kembali Sebagai 'Lelaki Buta' Dalam DON'T BREATHE 2

Penggambaran akan bermula April ini!

Views

Penulis filem Don't Breathe, Rodo Sayagues akan membuat debut sebagai pengarah dengan mengarahkan filem sekuel Don't Breathe 2lapor laman The Hollywood Reporter. Pelakon Stephen Lang juga disahkan akan kembali membawa watak "The Blind Man" dari filem pertama.

Don't Breathe 2 akan ditetapkan beberapa tahun selepas pencerobohan rumah dalam pertama dimana Blind Man tinggal kesunyian sehinggalah dosa masa lampau memburunya,

Sayagues akan menulis skrip bersama-sama Fede Alvarez yang juga merupakan pengarah dan penulis filem pertama. Produksi dijangka bermula April ini.

Alvares, Good Universe dan Sam Raimi serta Robert Tapert akan bertindak selaku penerbit. Sony Pictures Worldwide Acquisition dan divisyen Stage 6 Films akan membiayai kos pembikinan projek.

Don't Breathe yang ditayangkan pada Ogos 2016 berjaya meraih $157 juta seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya mencecah $10 juta dolar. Filem yang turut dibintangi Jane Levy, Dylan Minnette, dan Daniel Zovatto itu mengisahkan tentang tiga sahabat yang menceroboh rumah yang dihuni lelaki buta untuk merompak wang. Bagaimanapun, mereka terperangkap dan mula menjadi buruan lelaki tersebut yang juga merupakan bekas askar.

Filem tersebut diterbitkan syarikat penerbitan milik Sam Raimi, Ghost House dan Robert Tapert besam-sama Joseph Drake, Nathan Kahane dan J.R. Young.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks