Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Stephen Lang Jadi Pelindung Dalam Trailer “Don’t Breathe 2” Yang Sangat Mendebarkan

Screen Gems dan Stage 6 telah melancarkan trailer pertama Don’t Breathe 2, memberikan pandangan pertama kepada penonton mengenai keganasan dan debaran yang bakal dirasai dalam filem sekuel akan datang. 

Ditetapkan beberapa tahun selepas peristiwa dari filem pertama, Don’t Breathe 2 akan meneroka perwatakan protagonis Norman (Stephen Lang) yang kini menjadi bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Phoenix (Madelyn Grace). Keluarga baru itu bagaimanapun diserang oleh penceroboh yang lebih merbahaya dan menakutkan, dan mensasarkan kanak-kanak yang dijaga Norman. 

Don’t Breathe 2 diarahkan oleh Rodo Sayagues manakala lakon layar ditulis secara bersama oleh Fede Alvarez dan Rodo Sayagues. Kedua-dua mereka sebelum ini terlibat dalam pembikinan filem pertama dengan Alvarez berfungsi sebagai pengarah. Filem ini diterbitkan oleh Fede Alvarez, Sam Raimi, dan Rob Tapert.

Stephen Lang mengulangi peranannya sebagai Norman Nordstrom / “The Blind Man”, di samping Brendan Sexton III dan Madelyn Grace serta beberapa pelakon lain dalam peranan pelakon pembantu. 

Screen Gems menetapkan tarikh tayangan Don’t Breathe 2 pada 13 Ogos 2021 dan filem ini dinilai ‘R-rated’.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment