Novelist terkenal yang sering hasilkan novel-novel berunsur seram, thirller, suspense dan fantasi, Stephen King telah memuatnaik status dilaman Twitter beliau memuji filem seram A Quiet Place arahan Jon Kransinki. Novelis berkenaan memuji filem tersebut dengan berkata filem tersebut ‘luar biasa’ serta memuji beberapa aspek dalam filem tersebut seperti lakonan dan elemen tanpa bunyi yang diterapkan dalam filem tersebut.
A QUIET PLACE is an extraordinary piece of work. Terrific acting, but the main thing is the SILENCE, and how it makes the camera's eye open wide in a way few movies manage.
— Stephen King (@StephenKing) April 6, 2018
Ini bukan pertama kali John Krasinski menerima pujian atas kerjanya menghasilkan filem seram itu, sebelum ini pengarah legenda, Steven Spielberg turut memuji karya pengarah tersebut.
A Quite Place kini menerima rating 8.3/10 dari pengguna IMDb serta 97% peratus dari laman pengkritik filem Rottentomatoes. Filem A Quite Place benar-benar memberikan satu filem yang sangat menarik kepada penonton, bukan sahaja kerana kurang menuturkan dialog, malah keseluruhan filem yang begitu senyap dan memberi peluang kepada penonton fokus kepada skrin wayang.
Selain John Krasinki, A Quite Place turut dibintangi isterinya, Emily Blunt dan ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup dengan senyap dan perlu mengelakkan sebarang bunyi kerana berhadapan dengan makhluk ganas yang akan memburu mangsa yang mengeluarkan bunyi.
A Quite Place kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dan ianya sangat berbaloi untuk ditonton.
1 comment
da agak dah.. stephen king kompm suka cite ni.. sbb ada vibe novel2 dia.. christine, the mist, firestarter, it… jenis2 cerita yang jump teros ke dalam cerita tanpa starting…