Official TrailerSlot Asia

Steel Rain: Summit Akan Ditayangkan Dipawagam Tempatan 20 Ogos Ini

Views

Buat peminat filem dari Korea Selatan, jangan lupa saksikan filem terbaru Steel Rain: Summit yang akan ditayangkan dipawagam tempatan 20 Ogos ini.

Presiden Korea Selatan Han Kyeong-jae cuba memeterai perjanjian keamanan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat. Han kemudiannya mengadakan mensyuarat bersama presiden Korea Utara dan Amerika Syarikat di Wonsan, bagi membincangkan isu nuklear dan keamanan Semenanjung Korea. Walau bagaimanapun, Ketua Komando Pengawal Tertinggi Korea Utara tidak bersetuju dengan perjanjian itu dan berlakunya rampasan kuasa, menyebabkan ketiga-tiga ketua negara itu diculik dan dikurung dalam sebuah kapal selam. Kini Han perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri serta menyelesaikan krisis yang berlaku sebelum peperangan tercetus antara Korea Utara, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Steel Rain: Summit diarahkan Yang Woo-Seok dan dibarisi pelakon seperti Jung Woo-sung, Yoo Yeon-Seok, Kwak Do-Won dan Angus Macfadyen. Filem ini dibawakan khas oleh ATriNaga Sdn Bhd.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks