Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Start-Up” Berakhir Dengan Rating Stabil, “The Uncanny Counter” Melambung Tinggi


Drama tvN Start-Up berakhir dengan rating stabil.

Menurut Nielsen Korea, episod finale Start-Up mencatatkan purata rating sebanyak 4.9 peratus dan 5.2 peratus untuk dua bahagiannya, sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya.

Sementara itu, drama superhero OCN, The Uncanny Counter terus menyaksikan trend peningkatan. Episod keempat drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 6.7 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi. 

Drama popular KBS 2TV, Homemade Love Story sekali lagi melepasi angka 30 peratus, dengan episod terbaru mencatatkan skor purata sebanyak 29.7 peratus dan 31.6 peratus untuk dua bahagiannya. 

Akhir sekali, drama TV Chosun The Goddess of Revenge mencatatkan purata rating sebanyak 2.7 peratus untuk episod terbaru. 



Related posts

Poster ‘The Uncanny Counter 2’ Menampilkan Hero & Penjahat, Tarikh Tayangan Didedahkan

Kakimuvee

Poster Musim 2 ‘The Uncanny Counter’ Goda Kepulangan Pelakon Asal

Kakimuvee

The Uncanny Counter: Jo Byeong Gyu, Kang Ki Young & Jin Sun Kyu Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Musim 2

Zulaikha

10 K-DRAMA LADIES WHO SERIOUSLY KICK ASS

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

Musim Kedua “The Uncanny Counter” Bakal Dihasilkan

Zulaikha