Star Wars: The Rise of Skywalker: Pandangan Pertama Sith Trooper Didedahkan

59
views

Sempenan konvensyen San Diego Comic Con Julai ini, Lucasfilm akan memberikan pandangan pertama Sith Trooper dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker akan datang.

Sudah tentu peminat yang berada di Malaysia ini tidak dapat melihat dengan lebih dekat gambaran Sith Trooper di konvensyen Comic Con yang akan berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat nanti. Jangan risau, anda masih boleh lihat gambar-gambar ‘trooper’ terbaru First Order itu dibawah berserta dengan video.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan ditulis sendiri oleh J.J bersama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019