Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars: The Rise Of Skywalker Memperkenalkan Makhluk Baru, Babu Frik


Lucasfilm telah melancarkan pandangan pertama karakter Babu Frik dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker. Babu Frik digambar sebagai tukang droid yang genit, bekerja untuk Spice Runner of Kijimi dan boleh mengubah suai atau program kembali segala jenis droid, tanpa mengira kesukaran sistem keselamatannya. Anda boleh saksikan gambar Babu Frik dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan ditulis sendiri oleh J.J bersama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee