Berita

Star Wars: The Rise of Skywalker Lengkapkan Tahun Gemilang Disney, Lepasi Kutipn $1 Billion Dolar

Views

Selepas 28 hari tayangan, filem terbaru Lucasfilm, Star Wars: The Rise of Skywalker akhirnya berjaya melepasi kutipan $1 billion dolar seluruh dunia, sekaligus menjadi filem kelima Star Wars dan filem ketujuh Disney pada tahun 2019 yang berjaya mencapai kutipan yang cukup memberangsangkan itu,

Secara perbandingan dalam trilogi terbaru Star Wars, The Force Awakens melepasi angka $1 billion dalam tempoh 12 hari manakala The Last Jedi dalam tempoh 19 hari.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

BACA:  Netflix Bangunkan Filem Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf

Filem arahan J.J. Abrams ini telahpun menemui penonton pada 20 Disember tahun lalu.

Tinggalkan Balasan

shares