Berita

Star Wars: The Rise of Skywalker Kuasai Carta Box Office Walaupun Kutipan Tidak Mencapai Sasaran

Views

Filem terbaru Disney / Lucasfilm, Star Wars: The Rise of Skywalker menguasai carta box office Amerika Syarikat apabila berjaya meraih $176 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Namun begitu, kutipan tersebut jauh dari sasaran $205 juta yang ditetapkan pihak studio dan terendah dalam trilogi terbaru Star Wars.

Sebelum ini, filem The Force Awakens telah berjaya meraih kutipan minggu pembukaan sebanyak $247.9 juta dolar pada tahun 2015. Bagaimanapun, tanda-tanda peminat semakin bosan terhadap francais Star Wars mula kelihatan selepas The Last Jedi yang ditayangkan pada 2017 mencatatkan penurunan kutipan tiket pada minggu pembukaan iaitu hanya $220 juta dolar.

Sementara dipasaran antarabangsa, The Rise of Skywalker mencatatkan kutipan sebanyak $198 juta dolar seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah $374 juta dolar.

Filem terbaru Sony Pictures, Jumanji: The Next Level menambah $26.1 juta dolar pada minggu kedua, menjadikan jumlah keseluruhan domestik AS sebanyak $101.9 juta dolar. Untuk pasaran seluruh dunia, filem sekuel itu telah mengumpul $311.9 juta dolar. Berdasarkan prestasi semasa, The Next Level mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk mengejar kutipan Welcome to the Jungle yang mencecah $962.1 juta dolar.

Frozen 2 yang telah melepasi angka $1 billion dolar terus mencatatkan penambahan kutipan tiket pada minggu lalu iaitu sebanyak $12.3 juta dolar, menjadi jumlah keseluruhan domestik mencecah $386 juta dolar. Manakala untuk pasaran antarabangsa, filem animasi sekuel itu telah mengumpul $1.1 billion dolar.

Selain The Rise of Skywalker, filem musikal terbitan Universal Pictures, Cats turut menjadi tumpuan media. Meskipun dibarisi pelakon ternama dan diarahkan bekas pemenang Anugerah Oscar, Tom Hooper,  filem Cats dianggap sebagai malapetaka buat pihak studios apabila hanya mampu meraih $6.5 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Selain itu juga, filem tersebut turut dikritik teruk oleh para pengkritik dan peminat. Untuk pasaran antarabangsa, Cats hanya mampu mengutip $4.4 juta dolar menjadi jumlah keseluruhan hanya $10.9 juta dolar seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks