Berita

Star Wars: The Rise Of Skywalker Ketuai Tayangan Filem Menarik Minggu Ini

Views

Selepas Frozen 2, Wira, Ejen Ali the Movie dan Jumanji: The Next Level, minggu ini diteruskan dengan sebuah lagi tayangan filem blockbuster. Star Wars: The Rise of Skywalker pasti menjadi tumpuan para peminat yang ingin menyaksikan filem terakhir dalam Skywalker Saga.

Namun jangan dilupakan filem terakhir tempatan pada tahun ini iaitu Busut Bonang yang pasti memberikan sebuah filem komedi yang mampu membuatkan anda ketawa tidak henti-henti. Selain itu juga, filem terakhir Ip Man 4: The Finale bakal menjadi pencabar hebat buat filem Star Wars.

Bagi penggemar filem tamil dan hindi, jangan lupa saksikan filem aksi ngeri Hero dan Dabangg 3 yang akan mula ditayangkan pada 20 Disember ini.

Mari kita saksikan trailer dan sinopsis filem-filem baru yang bakal berentap sepanjang minggu ini.

1.  Star Wars: The Rise of Skywalker

  • Genre: Sains Fiksyen, Epik Opera
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: J.J. Abrams
  • Pelakon: Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong'o, Domhnall Gleeson

Saki baki Resistance yang terselamat sekali lagi berhadapan dengan First Order. Penggembaraan Rey, Finn dan Poe Dameron diteruskan. Dengan kuasa dan pengetahuan generasi di belakang mereka, pertempuran terakhir bakal bermula.

2. Busut Bonang

  • Genre: Komedi
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: Khalid Nadzri
  • Pelakon: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri

Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk mencari pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. Pemilik rancangan televisyen "Merungkai Misteri" iaitu Joey dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut, menyebabkan mereka sesat.

3. Hero

  • Genre: Aksi / Ngeri
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: P. S. Mithran
  • Pelakon: Sivakarthikeyan, Arjun Sarja, Abhay Deol, Kalyani Priyadarshan

Sakthi, seorang lelaki tinggal di bandar Chennai, mempertaruhkan dirinya untuk melindungi sistem pendidikan daripada Mahadev, seorang pelobi korporat. Sakthi cuba menutup perniagaan Mahadev dan juga cuba menukar sistem pendidikan sedia ada, sambil menyembunyikan identitinya.

4. Dabangg 3

  • Genre: Aksi / Ngeri / Romantik
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: Prabhu Deva
  • Pelakon: Salman Khan, Sonakshi Sinha, Sudeep, Warina Hussain

Filem ketiga bagi francais "Dabangg" ini menampilkan semula bintang terkenal Salman Khan sebagai watak Inspektor Chulbul Pandey, anggota polis yang ceria dan berani. Kali ini dia berdepan dengan Balli Singh, penjenayah kejam yang telah mengganggu kehidupan orang ramai.

5. Ip Man 4: The Finale

  • Genre: Aksi
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: Wilson Yip
  • Pelakon: Donnie Yen, Scott Adkins, Danny Chan Kwok-kwan

Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks