Official Trailer

Star Wars: The Rise of Skywalker "Fate" TV Spot Paparkan Pandangan Terbaru Knights Of Ren

Views

Walt Disney Pictures dan Lucasfilm telah melancarkan TV-Spot terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker yang memaparkan pandangan terbaru 'bodyguard' Kylo Ren yang digelar Knights of Ren. Anda boleh saksikan TV-Spot tersebut dipemain video dibawah.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem terakhir dalam saga Star Wars ini diarahkan oleh J. J. Abrams dan dia juga turut menulis lakon layar bersama-sama Chris Terrio.

Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks