Trivia

Star Wars: Siapakah Ibu & Bapa Sebenar Rey

Views

Sejak tayangan filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens, ramai peminat tertanya-tanya mengenai watak heroin, Rey yang diperkenalkan oleh pengarah J.J Abrams. Tidak seperti Jyn Erso dalam filem Rogue One: A Star Wars Story dimana background dan asal usul karakter tersebut diketahui, tetapi tidak bagi watak Rey.

Banyak persoalan yang timbul selepas Rey mula diperkenalkan dalam Episode VII; terutamanya soal asal usul karakter tersebut dan siapakah keluarganya. Peminat hairan sebenarnya kerana Rey tidak pernah dilatih sebagai Jedi, tapi sudah mempunya abiliti, hebat bertarung dan semangat Force yang kuat dalam dirinya. Jadi, siapakah ibu bapa sebenar Rey?

Ada banyak pendapat dan teori mengenai latarbelakang Rey sekiranya anda membuat carian di Internet. Ramai peminat berpendapat Luke Skywalker adalah bapa kepada Rey. Ini berdasarkan dia memiliki semangat Force yang kuat, sama seperti yang dimilik oleh keluarga Skywalker termasukan Kylo Ren yang merupakan anak Leia Organa, kembar kepada Luke Skywalker.

Selain itu juga, Rey memiliki bakat yang tinggi dalam mengendalikan pesawat, sama seperti Anakin dan Luke Skywalker, malah apabila dia menyentuh Lightsaber milik Anakin Skywalker, dia mendapat visi  dan melihat Luke Skywalker.

Pendapat lain pula mengatakan Rey mungkin anak kepada Obi Wan Kenobi, Snoke ataupun Emperor Palpatine berdasarkan teori-teori yang mereka berikan. Tapi bagi kami, Obi Wan, Snoke dan Emperor Palpatine bukanlah bapa kepada Rey. Ini kerana Star Wars berkisahkan legasi Skywalker dan hero atau heroinnya hendaklah dari keturunan Skywalker.

Kylo Ren adalah keturunan Skywalker melalui ibunya Leia Organa, tetapi dia berpihak kepada Dark Side, sama seperti Anakin Skywalker. Jadi, kemungkinan besar Rey keturunan kepada Skywalker juga. Persoalannya adakah Luke?

Menurut Jedi Order, seorang Jedi tidak boleh berkahwin, Luke adalah seorang Jedi dan dia tidak berkahwin. Tetapi, semasa Luke membentuk kembali Jedi, perkahwinan tidak dilarang, maka kemungkinan Luke berkahwin dan mempunyai anak ataupun di kekal bujang.

Satu lagi teori yang jarang dibincangkan oleh peminat Star Wars ialah Rey adalah adik kepada Kylo Ren dan anak Leia Organa. Boleh jadi tak? Ok terdapat beberapa babak dalam filem The Force Awakens  yang memberi hint bahawa kemungkinan Rey adalah anak Han Solo & Leia Organa iaitu semasa Han dan Rey menyebut ayat yang sama mengenai fius dan kemudian Han memandangnya Rey seolah-olah dia merasakan sesuatu mengenai gadis tersebut. Selain itu juga, pelukan Leia kepada Rey juga memberi hint bahawa pelukan tersebut seperti pelukan seorang ibu kepada anak perempuannya.

Oh jangan lupa, Han Solo juga juruterbang yang hebat sama seperti Luke Skywalker dan darah Leia juga merupakan darah Jedi dan mempunyai semangat Force.

Jika Rey anak kepada Leia dan Han Solo, Kenapa Rey ditinggalkan di Jakku?

Rey ditinggalkan atau lebih tepat disembunyikan dari dikesan oleh Supreme Leader Snoke. Snoke sememangnya mencari individu yang mempunyai semangat Force yang kuat untuk dipengaruhi supaya menyertai "Dark Side" sama seperti yang berlaku pada Anakin Skywalker yang dipengaruhi oleh Emperor Palpatine untuk menjadi jahat.

Sebab lain? mungkin semasa Ben Solo telah menyebelahi Dark Side, Leia terus menyembunyikan Rey di planet Jakku (sama seperti Luke dan Leia dipisahkan semasa kecil) bagi menyelamatkan anaknya dari turut dipengaruhi oleh Snoke.

Kenapa Kylo Ren tidak sebut mengenai adiknya?

Sebelum menjadi Kylo Ren, Ben Solo adalah padawan atau anak murid kepada Luke Skywalker. Untuk menjadi Jedi, mereka hendaklah meninggalkan segala-galanya termasuklah keluarga. Jadi, Rey mungkin dilahirkan semasa Ben sedang berguru dengan Luke dan dia tidak mengentahui yang dia telah memiliki adik.

Dan apabila dia telah dipengaruhi dengan kuasa gelap, Leia dan Han terus menyembunyikan Rey dari dikesan oleh Snoke dan Kylo Ren.

KLIK SINI UNTUK BACA EPISOD II ASAL USUL REY

So, kepada peminat Star Wars, agak-agaknya siapa ibu bapa sebenar Rey?

A - Luke Skywalker

B - Leia Skywalker

D - Obi Wan Kenobi, Snoke, Palpetine

C - Unknown Character

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks