Trivia

Star Wars: Siapakah Ibu & Bapa Rey? - Episode II

Views

Bagaimana jika Rey adalah anak Luke dan kenapa dia handal dengan skill Jedi?

Artikel sebelum ini, kami ada memberitahu bahawa ibu bapa Rey yang sebenar, adalah Leia dan Han. Tetapi untuk Eepisode II ini, kami cuba rungkaikan kaitan antara Rey, Luke dan Bagaimana dia dapat menggunakan skill Jedi tanpa perlu mempelajari dahulu.

Selain Leia dan Han, spekulasi kuat mengatakan yang Rey adalah anak kepada Luke Skywalker. Ini berdasarkan beberapa vision yang Rey  diterima apabila menyentuh Lightsaber kepunyaan Luke Skywalker. Rey telah melihat bayangan Luke menyentuh R2D2, suara Obi Wan Kenobi, bunyi pertarungan Lighsaber dan gambaran semasa dia ditinggalkan di Jakku. Selain itu juga, Dialog dari Maz Katana juga mengambarkan Rey mungkin dari keturunan Skywalker (Luke Skywalker?)

Lightsaber milik Anakin Skywalker. Hanya keturunan Skywalker sahaja yang layak menggunakannya. Disebakan itu, Kylo Ren menyatakan Lighsaber ini miliknya (dia keturunan Anakin Skywalker)

Kami dapat rasakan, terdapat beberapa part dalam vision tersebut ialah memori Rey yang dipadamkan dengan menggunakan kuasa force. Dan jika memori tersebut dipadam, ini bakal menjawab persoalan kenapa Rey tahu menggunakan teknik-teknik Jedi dalam filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens terutamanya teknik Mind Trick.

Kita assume sebegini, sekiranya Rey anak kepada Luke, ini bermakna, Rey juga merupakan seorang Padawan, sama seperti sepupunya Ben Solo aka Kylo Ren. Dan apabila Kylo Ren telah berubah kepada Dark Side, dia telah membunuh kesemua Jedi kecuali Luke yang mungkin dapat menyelamatkan diri (seperti yang ditulis dalam storyteller dipermulaan filem)

So kemungkinan, Luke bukan saja menyelamatkan dirinya seorang, tetapi juga Rey semasa dia kecil. Dan kemudian Luke atau Leia membawa Rey ke tempat yang tidak akan dikungjungi oleh First Order iaitu Jakku dan meninggalkannya. Sebab itu, dalam vision, terdapat suara yang menyuruh Rey tinggal disitu. Dialog berbunyi sebegini.

I’ll come back sweetheart, I promise.”

Suara Unkar Plutt turut kedengaran dalam vision ini. Pakaiannya sama seperti Padawan

Dalam vision yang yang menunjukan dia ditinggalkan di Jakku. Pakaian yang dipakai kelihatan seperti pakaian yang dipakai oleh Padawan tetapi versi tidak lengkap. Malah semasa Rey sudah dewasa, fesyen pakaiannya tetap sama, iaitu seperti seorang Padawan

Jadi jelas sekali, Rey mungkin pernah berlatih sebagai seorang Padawan semasa kecil, dan skill memandu, Jedi skill & mind trick mungkin di trigger hasil latihan dia semasa di Akedemi Jedi.

Satu lagi, semasa Kylo Ren cuba menarik memori Rey untuk mencari lokasi Luke Skywalker. Kylo Ren mendapat gambaran yang Rey sedang memgimpikan berada disebuah Pulau dan kemudian memori tersebut menujukan lokasi Luke berada. Mungkin disebabkan Rey pernah melihat Peta yang ditunjukan oleh droid BB8, tapi peta yang ditunjukan tidak lengkap dan hanya dalam bentuk digital, bagaimanapun maklumat yang dapat dibaca oleh Kylo Ren begitu details iaitu sebuah pulau yang berada disebuah sistem sebelum Rey bertindak menghalang memorinya daripada terus dimasuki oleh Ren.

So disini, kemungkinan Rey pernah tinggal bersama Luke semasa kecil kerana dipenghujung filem, ia ada menunjukkan lokasi Luke yang memang berada di sebuah pulau.

Selain itu juga, gambaran Rey yang dapat melihat Luke memengang kepala R2D2 dengan tangan robotnya menguatkan lagi bahawa Rey sememangnya berada disisi Luke semasa kecil. Gambaran tersebut kelihatan Luke dalam keadaan distress, kemungkinan selepas Kylo Ren memusnahkan akademinya dan membunuh semua Jedi.

Vision yang dihadapi oleh Rey bukanlah gambaran masa hadapan, tapi kami rasakan, Lightsaber kepunyaan Skywalker telah trigger kembali memorinya. Jadi kami beranggapan, Luke dan Rey mempunyai kaitan rapat, bapa dan anak barangkali.

Salah satu vision Rey, kelihatan Kylo Ren memusnahkan Akedemi Jedi dan membunuh kesemua Jedi

Malah dialog Maz Katana mengenai Lightsaber kepunyaan Skywalker memberi gambaran Rey adalah dari keturunan Skywalker.

"and now it’s calling for you.” So that must mean she’s a Skywalker, right?

So disebabkan Kylo Ren dan First Order cuba memusnahkan kesemua Jedi, Jadi Rey mungkin dipisahkan antara dari Luke. Lagipun meletakan dua individu yang mempunya kuasa Force yang kuat akan memudahkan Dark Side untuk memburu mereka, disebabkan itu, Luke mengambil keputusan menyembunyikan diri dan mengasingkan dia dengan anaknya Rey demi keselamatan terutamanya keselamatan Rey. Sama seperti Obi Wan mengasingkan Luke dan Leia.

Oh yer, agak-agak apa yang diucapkan oleh Luke bila bertemu dengan Rey dipenghujung filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens?

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks