Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Star Wars: Rogue Squadron” Akan Berdasarkan Buku & Permainan Video – Patty Jenkins

Star Wars: Rogue Squadron merupakan antara projek terbaru Star Wars yang diumumkan semasa pembentangan Disney’s Investor Day. Filem tersebut akan diarahkan pengarah Wonder Woman 1984, Patty Jenkins, dan peminat mungkin dapat mengentahui sedikit info tentang filem terbaru itu. 

Ketika bercakap kepada IGN baru-baru ini, Jenkins mendedahkan bahawa filem terbarunya itu akan mengambil pengaruh dari permainan video dan buku, sambil mengekalkan ‘originaliti’ filem terbaru Star Wars itu.

“[In the Star Wars: Rogue Squadron movie] we’re doing something original with great influence from the games and the books. There’s a lot of things being acknowledged and understood about the greatness of all of those things, but yes, it’s an original story and I’m so psyched to do it.”

Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai pelakon dan plot, tetapi apa dapat dipastikan, filem terbaru ini tidak menggunakan tajuk “A Star Wars Story” – lebih-lebih lagi selepas kegagalan filem Solo gagal dipentas box office.

Lucasfilm menentapkan tarikh tayangan Rogue Squadron pada Disember 2023.

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment