Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars: The Last Jedi Tambah $32.7 Juta, Jumanji Kutip $7.2 Juta Pada Hari Pertama Tayangan


Filem terbaru Star Wars: The Las Jedi menambah kutipan tiket mereka apabila berjaya mengaut $16.9 juta pasaran domestik dan $20.3 juta pasaran antarabangsa menjadi jumlah minggu kedua kutipan sebanyak $32.7 juta. Dengan penambahan tersebut, Star Wars: The Last Jedi kini mengumpul kutipan $573.8 juta dan dijangka akan meningkat apabila ditayangkan di negara China pada 5 Januari 2018 ini.

Setakat ini, negara penyumbang terbesar filem arahan Rian Johnson adalah UK $50.1M; Germany $29.8M; France $22.8M; Australia $21.3M; Japan $19.6M; Spain $10.4M;  Brazil $9.9M; Russia $9.7M; Mexico $8.7M; Italy $8.6M; Sweden $7.2M; Poland $6.0M; Korea $6.0M; dan Denmark $5.1M.

Sementara itu, filem sekuel Jumanji: Welcome to the Jungle berjaya mengutip $7.2 juta pada hari pertama tayangan di US dan mengumpul sebanyak $15.5 juta sehingga hari ini. Jumanji: Welcome to the Jungle telah ditayangkan lebih awal di beberapa negara termasuk Malaysia dan pihak studio menjangkakan dapat mengutip sehingga $45 juta menjelang cuti Krismas.

Filem terbaru Hugh Jackman berjudul The Greatest Showman pula berjaya mengutip $2.5 juta pada hari pertama tayangan. Selain Hugh Jackman, The Greatest Showman turut dibintangi Michelle Williams, Zac Efron, Rebecca Ferguson, serta Zendaya dan filem muzikal arahan Michael Gracey akan ditayangkan di Malaysia pada 28 Disember 2018


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee