Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars: The Last Jedi Menjadi Filem Nombor 1 Kutipan Paling Tinggi 2017

Star Wars: The Last Jedi kini secara rasmi memintas kedudukan pertama yang dipegang oleh filem Beauty and the Beast apabila berjaya mencatat kutipan tertinggi tahun 2017 dengan kutipan sebanyak $1,264.9 billion. Filem terbitan Lucasfilm dan Disney itu juga menjadi filem paling tinggi kutipan domestik iaitu sebanyak $591.5 juta dolar berbanding filem Beauty and the Beast yang mengutip $504.0 juta dolar.

Bagaimanapun, filem terbitan Universal Pictures, The Fate of the Furious kekal menjadi filem US paling laris dipasaran antarabangsa dengan kutipan sebanyak $1,010.0 billion dengan China menjadi penyumbang terbesar dengan kutipan sebanyak $392.8 juta dolar.

Tempat kedua filem paling laris tahun lepas adalah Beauty and the Beast yang mengutip $1,263.5 billion diikuti filem The Fate of the Furious dengan kutipan sebanyak $1,236.0 billion.

Lima filem dari studio Buena Vista (Walt Disney Studio) iaitu The Last Jedi, Beauty and the Beast, Guardians of the Galaxy Vol. 2, Thor: Ragnarok dan Pirates of Caribbean: Dead Men Tell No Tales mengungguli carta top 10 filem paling laris diikuti dua filem dari Universal Pictures iaitu The Fate of the Furious dan Despicable Me 3. 

Berikut adalah senarai 10 filem kutipan paling tinggi tahun 2017:

1 Star Wars: The Last Jedi (BV) – $1,264.9 Billion
2 Beauty and the Beast (2017) (BV) – $1,263.5 Billion
3 The Fate of the Furious (Uni.) – $1,236.0 Billion
4 Despicable Me 3 (Uni.) – $1,034.8 Billion
5 Spider-Man: Homecoming (Sony) – $880.2 Juta
6 Wolf Warrior 2 (HC) – $870.3 Juta
7 Guardians of the Galaxy Vol. 2 (BV) – $863.7 Juta
8 Thor: Ragnarok (BV) $850.8 Juta
9 Wonder Woman (WB) – $821.8 Juta
10 Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales (BV) – $794.9 Juta

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment