Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars: The Last Jedi Kutip $105.8 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

 

Filem ketujuh Star Wars Saga, The Last Jedi telah mengutip $105.8 juta pada hari pertama tayangan dengan $45 juta dikutip dari pasaran domestik manakala $60.8 juta dikutip dari pasaran antarabangsa.

Kutipan hari pertama tayangan The Last Jedi untuk pasaran US telah mengatasi kutipan hari pertama Rogue One yang mengutip $29 juta tetapi dibelakang filem Star Wars: A Force Awaken yang mengutip $57 juta dolar.


Star Wars: The Last Jedi telah memulakan tayangan di pasaran antarabangsa pada 13 dan 14 Disember di 48 buah negara. Bagaimanapun kutipan hari pertama tidak melibatkan pasaran terbesar Hollywood iaitu China. Negara tersebut akan memulakan tayangan filem Star Wars: The Last Jedi pada 5 Januari.

Berikut adalah pecahan kutipan tiket mengikut negara:

UK $10.2M
Germany $6.1M
France $6.0M
Australia $5.6M
Brazil $2.5M
Sweden $2.4M
Italy $2.3M
Mexico $2.1M
Denmark $1.7M
Russia $1.6M
Norway $1.5M
Lain-lain $18.8M
Jumlah $60.8M

Filem terbaru Star Wars diarahkan serta ditulis oleh Rian Johnson dan dibintangi oleh Mark Hamill, mendiang Carrie Fisher, Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega, Lupita Nyong’o, Oscar Isaac, Domhnall Gleeson, Anthony Daniels, Gwendoline Christie, Andy Serkis, Benicio Del Toro, Laura Dern, dan Kelly Marie Tran.

Star Wars: The Last Jedi kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam di Malaysia.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment