Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Wars: The Last Jedi Jadi Filem Ke-4 2017 Catat Kutipan Lebih $1 Billion

Filem terbitan Walt Disney Studios dan Lucasfilm, Star Wars: The Last Jedi akhirnya melepasi angka $1 billion dolar selepas lebih 3 minggu tayangan diseluruh dunia. Filem kelapan Star Wars ini akhirnya menyertai 3 filem lain yang turut melepasi kutipan $1 billion iaitu Beauty and The Beast yang mengutip $1.263 billion, The Fate of the Furious yang mengumpul $1.235 bilion dan Despicable Me 3 yang mengutip $1.033 billion dolar.

Diarahkan oleh Rian Johnson, Star Wars: The Last Jedi kini menduduki tangga ketiga filem paling tinggi laris tahun 2017 apabila berjaya mengumpul $1.040 billion seluruh dunia dibelakang filem Beauty and The Beast dan The Fate of the Furious. 

The Last Jedi juga kini berada ditangga ketiga paling tinggi dikalangan filem-filem Star Wars, dibelakang filem Star Wars: A Force Awakens yang mengutip $2.068 billion dan Rogue One: A Star Wars Story yang mengumpul $1.056 billion seluruh dunia.

Kutipan filem The Last Jedi dijangka akan terus meningkat apabila filem ini mula ditayangkan di pasaran China pada 5 Januari ini. China terbukti antara pasaran yang memberi pulangan besar kepada Walt Disney Studios dan Lucasfilm apabila filem A Force Awakens dan Rogue One berjaya mengutip $124 juta dan $69 juta dinegara tersebut, menjadikan negara kedua paling tinggi kutipan untuk pasaran antarabangsa dibelakang negara United Kingdom

*Star Wars: The Last Jedi masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee