Berita

Star Wars: The Last Jedi Catat Rekod, Kutip $450 Juta Dolar Sejak Ditayangkan Pada 13 Disember

Views

Filem terbitan Walt Disney Pictures dan Lucasfilms, Star Wars: The Last Jedi mencatat kutipan yang cukup memberangsangkan apabila mengutip $450 juta seluruh dunia! Filem ini mencatat rekod apabila mengutip $220 juta pada minggu pembukaan, menjadikan filem No. 1 paling tinggi mencatat kutipan tertinggi minggu pertama pada tahun 2017 dan ditangga kedua sepanjang zaman dibelakang Star Wars: The Force Awakens yang mencatatkan $245.9 juta pada minggu pertama (Untuk pasaran domestik).

Pasaran global (tidak termasuk China yang akan memulakan tayanganya pada 5 Januari) menyumbang sebanyak $230 juta di 54 buah negara.

Jumlah kutipan $450 juta seluruh dunia yang dikutip oleh filem The Last Jedi menjadikan ia filem kelima tertinggi sepanjang zaman yang berjaya mengutip kutipan tertinggi minggu pertama dibelakang flem The Fate of the Furious (termasuk pasaran China), Star Wars: A Force Awakens, Jurassic World (termasuk pasaran China) dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2

Antara negara-negara penyumbang terbesar adalah UK $36.7 juta; Jerman $23.6 juta, Perancis $18.1 juta; Australia $15.9 juta; Jepun $14.4 Juta; Russia $8.5 juta; Spain $8.3 juta; Brazil $7.2 juta; Itali $7.0 juta; Mexico $7.0 juta; Sweden $6.0 juta; dan Korea $5.1 juta.

BACA:  INDIANA JONES 5 Terus Bermasalah, Penulis Skrip Undur Diri

Star Wars: The Last Jedi telah menerima score A dilaman web Cinemascore dari para penonton dan mendapat rating 8.1/10 di laman IMDb serta 93% dilaman Rottentomatoes.

Sementara itu, filem animasi Ferdinand telah mengutip sebanyak $19.5 juta seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya. Kutipan filem arahan Carlos Saldanha ini dijangka akan terus meningkat apabila ia ditayangkan di 44 buah negara akan datang.

Manakala Coco terus menambah kutipan tiket sebanyak $37.4 juta dolar pada minggu keempat seluruh dunia menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak $448.2 juta. Pasaran China telah menyumbang sebanyak $153.9 juta diikuti Mexico sebanyak $57.2 juta

Filem-filem lain, Wonder kini telah mengumpul $153.7 juta sejak ia ditayangkan, manakala Justice League terus menambah kutipan tiket sebanyak $9.5 juta seluruh dunia menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $634 juta dolar seluruh dunia. Daddy’s Home 2 pula menambah $9.6 juta selepas 6 minggu ditayangkan menjadiikan jumlah keseluruhan sebanyak $157.6 juta. Thor: Ragnarok menambah $3 juta untuk menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $841.8 juta, jumlah tertinggi dalam trilogi Thor.

Tinggalkan Balasan

shares