Star Trek 4 Mungkin Kehilangan Chris Pine & Chris Hemsworth

0
62
views

Perancangan filem Star Trek 4 diambang bahaya apabila dua pelakon utamanya iaitu Chris Pine dan Chris Hemsworth dilaporkan tidak akan membintangi filem sains fiksyen tersebut.

Ianya disebabkan kedua-dua bintang tersebut tidak bersetuju dengan tawaran gaji yang disediakan oleh pihak studio Paramount. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, kedua-dua pelakon tersebut menuntut agar pihak studio menghormati perjanjian yang mereka pernah persetujui sebelum ini. Sementara itu, pihak studio pula perlu memastikan budget pembikinan tidak melebihi dari yang ditetapkan.

Filem Star Trek 4 dilaporkan akan berkonsepkan penggembaraan merentas masa. Ini membolehkan Chris Pine dan Chris Hemsworth bersatu kembali selepas mereka berdua berlakon bersama dalam filem reboot pertama Star Trek.

Paramount dilihat tidak akan membatalkan filem keempat ini memandangkan pelakon-pelakon lain seperti  Zoe Saldana, Zachary Quinto, Karl Urban, Simon Pegg, dan John Chon semakin hampir untuk kembali dalam filem kali ini. Berkemungkinan besar, kedua-dua pelakon tersebut dan pihak studio akan kembali ke meja rundingan.

Star Trek 4 akan diarahkan S. J. Clarkson, pengarah wanita pertama yang mengarahkan filem dari francais Star Trek. Setakat ini, tiada tarikh tayangan diumumkan oleh pihak studio.

Sumber: Comingsoon.net

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here