Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Star Trek 4 Dilaporkan Akan Memulakan Penggambaran Awal 2019

Menurut laporan dari laman hiburan The Hashtag Show, filem Star Trek 4 dijangka akan memulakan penggambarannya pada awal tahun hadapan. Selain itu juga, pengarah filem S.J. Clarkson turut dilaporkan sedang mencari beberapa pelakon untuk filem arahannya.

Filem terbaru Star Trek ini merupakan sambungan kepada filem Star Trek Beyond yang ditayangkan pada tahun 2016 dan bukannya filem Star Trek yang bakal diterbitkan oleh Quentin Tarantino.

Ura-ura mengatakan Tilda Swinton dan pelakon filem Black Panther, Danai Gurira dikaitkan dengan watak villain dalam filem Star Trek akan datang. Tetapi berkemungkinan besar, Danai Gurira bakal menyertai filem dengan membawakan watak penjahat sepertimana yang dilaporkan oleh laman The Hashtag Show.

Star Trek 4 akan diterbitkan oleh J. J Abrams dan bakal menampilkan Chris Pine, Zachary Quinto dan Zoe Saldana. Selain itu juga, Chris Hemsworth turut dilaporkan akan kembali dengan membawakan watak ayah kepada James T. Kirk iaitu George Kirk.

Tarikh tayangan masih belum diumumkan oleh pihak studio, tetapi dijangkakan ia bakal ditayangkan pada musim bunga tahun 2020.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment