Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Stan Lee Akan Muncul Dalam Filem Reboot Spawn Sebagai Watak Cameo


Pengarah yang juga pencipta karakter Spawn, Todd McFarlane mendedahkan beliau merancang untuk membawa Stan Lee muncul dalam filem arahannya sebagai watak cameo. Bagaimanapun, menurut pengarah berkenaan, watak cameo pencipta komik Marvel itu akan berbeza dari penampilannya dalam filem-filem Marvel.

Semasa bercakap di Ace Comic-Con yang berlangsung di Arizona, beliau memberi penerangan mengenai filem reboot Spawn disamping perancangannya untuk muncul bersama-sama Stan Lee sebagai watak cameo.

McFarlane memberitahu kepada audience bahawa watak cameo Stan Lee akan lebih kepada ‘dark anti-cameo’.

“I want to do a dark anti-cameo, unfriendly Stan Lee, and he’s like, ‘Todd, I’m in!’ I’ve explained what I want to do, and he’s like, ‘Oh, cool. So, I’m not gonna be, like, the happy-go-lucky?’ I go, ‘No, you’re gonna be ugly. You’re gonna be this Schlitz-drinking, wife beater, three-day-old shave, snarly dude.’ And he’s like, ‘I love it!’ So, we’ll see if we can pull it off.”

Sebanyak 17 buah filem Marvel telah dilakonkan oleh Stan Lee sebagai watak cameo dan kebanyakkannya lebih berunsur humor, dan cameo beliau dalam filem Spawn nanti pasti akan memberi kejutan kepada penonton melihat karakter cameo Stan Lee yang berbeza dari filem-filem sebelumnya.


Bagi McFarlane, ini bukan pertama kali beliau muncul sebagai watak cameo dalam filem Spawn, beliau sebelum ini pernah muncul sebagai watak cameo dalam filem asal Spawn sebagai pengemis.

Filem Spawn buat masa ini masih belum mempunyai tarikh tayangan, tetapi dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019 dan penggambaran filem ini akan bermula pada bulan hadapan. Kepada peminat karakter Spawn, apa pendapat anda mengenai cameo Stan Lee dalam filem berkenaan?


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee