Stallone Akan Hasilkan Rambo 6 Jika Last Blood Berjaya

123
views

Nampaknya darah Rambo masih lagi ada sekiranya filem ke-5 francais Rambo, Last Blood berjaya.

Menurut laman web JoBlo, Sylvester Stallone mendedahkan beliau mahu menghasilkan filem keenam Rambo sekiranya filem terbaru Rambo: Last Blood berjaya menarik hati peminat.

Pelakon tersebut menggunakan contoh francais Rocky dimana beliau menjangkakan filem Rocky III adalah filem terakhir, namun disebabkan filem tersebut berjaya, mereka terus menghasilkan 2 lagi filem Rocky iaitu Rocky IV & V termasuklah dua filem spin off iaitu duologi Creed. 

Rambo: Last Blood yang diarahkan Adrian Grunberg mengisahkan Rambo, tertekan dengan memori lampaunya, tinggal keseorangan disebuah rumah usang yang terletak di Arizona dan perlu meneruskan hidup dikala usia yang semakin tua. Bagaimanapun, dia menerima berita yang kurang menyenangkan dimana cucu perempuannya telah hilang di Mexico.

Dalam usaha mencari, Rambo mendapati cucunya telah diculik oleh penjenayah. Dengan mengunakan kudrat dan skill yang ada, Rambo sekali lagi keseeorangan menumpaskan mereka dan menyelamatkan cucunya.

Jadi kepada peminat Rambo, mahukah anda melihat filem Rambo 6 dihasilkan?